Sunday, January 23, 2011

MAKANAN PERTAMA IRDINA...

Dasat sungguh baby ku irdina nih..geram sungguh tgk dia suka isap jari abis 5 jari dia masuk dlm mulut..lastly nenek irdina bg rasa epal merah..humm makan sungguh tak pecaya tgk la nih..


 emm cedapnye..

nyum3 bulat mata mkn epal

Bkn maen berselera ag dia mkn bio pun tadak gg..hehe kelako pulak tgk tp yg bestnye lidah dia bersih sebersihnye tak payah da korek2 nk bersihkan lidah yg penuh dek susu huhu..tgk epal nih jd hampir bulat abis dia gigit mcm la ada gg huhu

epal yg bulat di makan irdina

Ikutkan ati mmg tanak bg irdina makan lagi..stakat ni aku tak bg irdina makan sepenuhnye setakat buahan lembut n manis je aku bg..tu pun stakat rasa air buah tu jek bkn bg mkn trus huhu

Risau boleh ke baby makan ek?? bab ni  mmg otak aku sntiasa berlegar2 dlm pale nih.. aku pun cari la pemakanan baby kat mr. google n aku terbaca  la artikel yang aku  tak ingat lak kat ruangan yang mana satu hum artikel tu  kata masa 4bln usus baby sudah matang untuk menerima makanan, tapi doktor mengesyorkan ibu bapa memberi makanan pada baby pada usia 6bln kerana usus sudah sepenuhnye matang. Kat bawah ni artikel tentang pemberian makanan kepada baby yang sepatutnye tgk la smoga boleh membantu kowang yer..

Makanan bayi mengikut usia: Baru lahir hingga 6 bulan

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Click here to find out more!

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara eksklusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak dapat memberikan nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan. 

Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan pepejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Anda harus lebih berhati-hati, jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi sebab insiden reaksi buruk, alergi dan penyakit seliak (coeliac disease) akan berkurangan jika anda menangguhkan proses bercerai susu sehingga usia itu. 

Jika anda merasakan yang bayi anda perlu mula mengambil pepejal sebelum usia enam bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau doktor anda dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda telah dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi pepejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan dan kerang-kerangan dan kekacang. Bacalah mengenai masa terbaik untuk memperkenalkan pelbagai makanan untuk maklumat lanjut. 

Pendorong lazim bagi memulakan proses bercerai susu ialah apabila bayi anda kelihatan masih lapar selepas menyusu dengan lengkap, dan dia mula bangun pada waktu malam walhal sebelum ini tidak, juga, penambahan berat badannya tidak segiat seperti dahulu. Bayi anda juga akan menunjuk minat terhadap makanan pejal yang dimakan oleh anda, di samping cuba mengambil makanan yang akan dimasukkannya ke dalam mulutnya. 






2 comments:

  1. irfan pun sama..sume benda nak ditelannyer..aku bg rasa2 je sikit benda yg manis2..cadang 5 bulan nak bg dah tp riso plak dengor kes dalam paper..papanyer kata 6 bulan baru bg...

    ReplyDelete
  2. nape ngan 5bln?aku pun cdg 6bln baru bg stakat cikit2 ase buah tu bley r tp manis tu yg penting hik hik

    ReplyDelete

Search This Blog