Thursday, February 10, 2011

DUGAAN ILAHI BUAT HAMBANYA

Hai...salam kembali di ruangan yang sungguh lama aku menyepikan diri ni korang rindu aku tak??hehe mula la nk prasan sdirik kan kui3 nk tau kenapa da lama aku tak meletakkan post best2 tuk tatapan kowang sbb aku, mr. hubby n irdina kurang sht da.. Setelah sekian lama tak demam + selsema + batuk mggu lepas cuti chinese new year aku bercuti seminggu n balik ke penang tp takda maknanya buat kami sekeluarga huhu.. Dok memerap dlm umah tak boleh bangun trus.. Mungkin itulah dugaan ilahi buat hambanya spya sentiasa sedar bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.. Sampai skang pun aku still tak sht sepenuhnye batuk bagai nak gila selsema lak kuar cam air paip bocor.. Irdina pulak selsema je tu pun tak teruk sgt batuk pun kadang2 jugak, Mr. hubby lak katanya da ok tak sakit tekak or selsema teruk da alhamdulillah.

Cuma aku saje yg masih tak stabil huhu Ya Allah tabahkanlah hambamu ini dalam menghadapi dugaan mu Ya ALLAH amin ya rabbal alamin..

Pinjam gmbar tah anak sape tah hik hik


Amalan / Cara Menghindar Penyakit Berjangkit

Amalan ini diberi oleh salah seorang guru perawat di Pulau Pinang Tok Su Li. Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya. Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

Amalannya:

Surah Yasin : Ayat 58



58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca Yasin : Ayat 58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : Ayat 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus )

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : Ayat 4 sebanyak 7 kali setiap satu.



4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.



255. "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

c) Yasin : Ayat 58 - 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas). Al-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan, sekurang-kurangnya, kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar. Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit.

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.


p/s : - Artikel kat atas ni aku amik kat mr. google tuk kita kongsi bersama..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog