Wednesday, August 3, 2011

KUDAPAN BAIK UNTUK BAYI ANDA

Salam setulus kasih dan salam ramadan buat semua yang membaca blog ni...Kat sini aku nk berkongsi satu blog yang aku sangat2 kagum akan kecekalan hatinya tuk menjadikan anak2nya seorang insan yang hufaz.. Sungguh berbaloi2 ape yang dia buat dan ada tips dia yang aku sangat2 berminat nk share bersama korang sume.. Jom tgk artikel kat bawah ni moga2 dgn ape yang di ajar ni memberi faedah kita bersama.. Insyaallah..


Pemakanan Dari Bayi


Seperti yang kita tau..untuk memberi makan anak2 seelok-eloknya kita membeli barangan yang mempunyai tanda halal. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz al-quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan penting untuk penjagaan otak. Makanan tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan. 

Di sini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibu bapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik.  Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara

1) Kacang Badam (Almond)

Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis

Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak ikan

Saya guna jenama Pristin kerana kandungn Omega 3-DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda di banding dengan yang lain. Saya rasa semua ibu-ibu tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma

Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah di mana Saidatina Maryam as ketika mahu melahirkan Nabi Isa as di rakam di dalam Al-Quran "Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".   Al-Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu

Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda

Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as-Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

7) Buah Tin

Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). Sabda Rasulullah s.a.w. Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyut

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo

Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah" 

9) Air Surah Taha 

Air biasa yang dibacakan Al-Fatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, (11 kali). Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. 



Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa di mana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia. 



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus. Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Sekian je lampiran artikel yang aku copy n paste tuk tatapan korang.. tuk makluman ada sedikit ayat yang di edit mengikut kesesuaian ayat.. Kalau korang nk tau lebih detail boleh la   layari laman web ni http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/pemakanan-dari-bayi.html mcm2 tips berguna tuk mendidik anak tuk hafal quran ada kat sini.. Bagi aku tuk habbatus sauda, madu dan buah tin elok gunakan Madu Amazing keluaran DCL klik link ni tuk maklumat lanjut http://thousandofmylife.blogspot.com/2011/01/no-more-sembelit-n-batuk-teruk-ag.html. Bila guna madu amazing tak perlu la aku risau ia jd rasa tak sedap kan.. hum akan ku usahakan jadi kudapan Dina nanti dari aku bagi makan gula-gula biasa elok la bagi dia mkn kudapan cam kat atas kan.. Jom try..


SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog